Friday 18 March 2016

Bercuti Ke Sabah 2016

Salam.... Sape yang pernah pergi sabah? Sini nak cerita sikit kite orag pergi sabah bulan mac 2016 dulu. Nak ikut kan ni second time aku pergi sabah ni.... 1st time dulu mase konon2 honeymoon dulu... sekarang ni pergi dengan member ofis tapi husband tetap bawa sekali... Bajet ak pergi kali ni dalam 1k gak la.... Tapi tu untuk 2 orang tau..... boleh dikirakan bajet la juga.


1st Day


Flight Kite orang pukul 6.45 pagi. Memandangkan percutian kite orang cuma 3 hari jer... Nak tak nak kena la cari flight seawal2 pagi yang boleh. Naik Air asia jer Harga Tiket RM 219 untuk seorang pergi balik. nak ikot kan boleh je dapat lagi murah...tapi tak sesuai dengan tarikh n masa la pulak. Cara nak ke airport plak pagi2 ni macam2 cara boleh. Naik bas boleh, Ktm Boleh, kereta lagi la boleh kan. Tapi ak naik kereta n parking dekat putrajaya sentral.... So murah la sikit berbanding parking dekat KLIA kan. Parking dekat Putrajaya Sentral cuma Rm 5 je sehari n then naik KLIA Transit terus pergi KLIA2 cuma RM 9.40 sehala. 1st train dekat Putrajaya Sentral ni dalam pukul 4.51 pagi yer.... so pandai2 la nak bajet masa korang nak sampai pukul berapa. 

Sampai je sabah ak terus call kereta sewa yang ak booking beberapa minggu nak pergi. Ak Sewa Kereta saga jer... Ok la untuk berempat. RM 110 untuk sehari. Kereta baru bersih n cun.


Rumah Terbalik

1st Destinasi, aku terus menuju ke Kundasang. Tempat yang memang fames la kalau nak pergi sabah ni. Dalam perjalanan nak ke sana ak singgah Rumah Terbalik. Dia satu jalan je nak ke kundasang ni. Senang pon nak cari sebab tepi jalan je kan. Harga masuk sini RM 10 untuk seorang.

Bergambar dgn Husband dulu.




Check in di Nabalu Lodge

Destinasi kedua ak terus menuju ke kundasang. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam ke 2 jam setengah la juga. Tegok kelajuan korang la bawa macam mana kan. Sampai je sane terus check in dulu. Aku duduk kat Nabalu Lodge je. RM 120 1 malam. Tapi ni time promosi. Kalau tak promosi aku tak tahu la pulak.





Ni la dari balcony bilik ak. Siap ade kolam lagi depan bilik. Tersangat la romantik

Ni la gambar bili ak... Ok la bilik die. sangat la selesa.

Cik Abang ni nak posing kate nye.

Desa Dairy farm Sabah

Destinasi ketiga : Lepas Check in ak terus la keluar pergi Desa Castle yang ala ala new zealand tu....        Rm 4 per entry

Ni la member yang pergi sekali tu..








Kiram Village Kundasang

Destinasi keempat : Dah Puas Jalan Satu ladang tu aku singgah kat Kiram Village pulak.. Sepatut nye kite orang Duduk sini. Tapi memandangkan last minut booking bilik pon penuh la.... Kat sini pemandangan masa pagi tersangat la cantik. sebab boleh nampak terus gunung kinabalu. tapi x de rezeki nak duduk sina.... tak pe la sebab 1st time datang sini dulu dah rase duduk sini...haha.. MAsuk Sini free jerk.











Antara Chalet yang ada kat situ




Kundasang War Memorial

Destinasi kelima aku terus menuju ke Kundasang War Memorial. Tempat nye area tempat penginapan ak jerk. RM 2 per entry















Tamat la sudah perjalanan pada hari pertama kami di sabah.


2nd Day 

Di sabah ni Subuh nye awal.... Pukul 6.30 je aku tegok dah terang macam pukul 7.30..
Pagi tu aku terus check out n terus pergi sarapan. Nak tengok puncak gunung punya pasal terpaksa la keluar seawal yang boleh. Penat Semalam tu kite lupa kan dulu ok.. 



Ni Pandangan dari bilik aku. Waktu ni dalam pukul 6.30 pagi...


Kinabalu Park

Destinasi pertama untuk hari kedua ni aku pergi Kinabalu park dulu. Dekat sini titik permulaan pendaki2 yang nak mendaki gunung kinabalu tu. Tiket masuk sini Rm 3 per entry.. Tiket ni juga boleh digunakan untuk masuk Posing Hot Spring tau. So simpan la tiket tu dan syarat nye digunakan pada hari yang sama sahaja.




Ni macam papan tanda check point untuk para para pendaki la.








Poring Hot Spring


Destinasi kedua pula kite ke poring hot spring dekat ranau. Agak jauh juga la dari kinabalu park tu dengan tempat ni. Tapi tak pe.. Kami redah jer... ade volunteer drebar kan, kesian cik abang aku ni.. masuk sini pakai tiket dekat Kinabalu Park tadi. Tapi kalau hilang harga tiket nye same je RM 3 ok. Dekat dalam ni macam-macam ade. antaranye kolam air panas poring , Laluan kanopi Poring , Air  Terjun Kipungit dan Air Terjun Laganan, Taman Rama-Rama n banyak lagi la. aku pon dah tak ingat. Tapi nak masuk tempat tu kene beli tiket yek. senang cerita semua tempat la kene bayar.

Aku masuk laluan conopi jerk. Bayaran nye Rm 3 seorang... Tapi kalau nak tangkap gambar macam kite orang nih kene bayar jugak ye... 1 camara / hp Rm 5. Aku guna 1 hp jer untuk ambil gambar... tak yah membazir... Naik atas tuh hp memasig tah kemana dah.. ketaq lutut punye pasal.










Laluan sebelum smapai canopy walk.

Ni la dia laluan kanopi tu. Sape yang ade sakit jantung dinasihatkan jangan la naik yerk.


Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti (Ranau)

Destinasi ketiga kami ke spa ikan la konon nye. Masuk sini ade had mase nye. Bukan korang boleh duduk dari pagi sampai ke petang yerk. dalam15 minit tak silapp aku. Masuk sini untuk remdam kaki jer RM 5 dan kalau untuk mandi RM 10 ok.





Ikan ikan kat sini tersangat la friendly. aku je yang geli sikit nak masuk...

Lepas habis je main main dengan ikan kami pon berpatah balik menuju ke bandar KK. Boleh kire tempat wajib pergi tu dah pergi kan. Dalam perjalanan balik aku singgah dulu dekat pekan kundasang. ala gerai deret tepi jalan tu.. Tengok tengok kalau ade berkenan nak beli ke...



Lepas tu kami semua menerus kan perjalanan ke kota kinabalu. Dekat KK aku check in hotel bajet2 jerk. Hotel Sri Iskandar dekat kampung air. RM 85 je satu malam. Sebelum check in kami singgah makan Lokan dan Kelapa bakar dulu. Sedap wey lokan die. Kelapa bakar biase je bagi aku. Tak tau la kalau korang rase sedap. Tempat Lokan ni dekat jalan Sulaman. dah nak sampai kk pon. Harga lokan dorang jual ikot saiz dalam 1 longgok. Range dari paling kecik Rm 7 dan paling besar RM 12.

Ni la dia Lokan.. tapi kelapa bakar lupe la plak nak snap picture die.


Ni la hotel kami.


Lepas check in buat pape yang patut kami keluar semula pergi Pasar Filifina pulak. Tak la jauh sangat dari hotel. Just jalan kaki jerk. Kat sini macam macam kraf tangan ade. Boleh beli untuk hadiah2 kat orang. Rambang mata kau jalan pasar ni.


Masa ni semua dah kepenatan.. jalan pon dah macam tak de mood dah. Mata kami dah nampak bantal je waktu ni. Seterusnya kami ke Seafood Night Market. Jalan pon dah banyak, Perut pon dah lapar, ape lagi pergi sini la nak cari seafoad fresh2. Macam macam seafood ade kat sini. rambang mate nak pilih. Kami makan lobster, ikan kerapu, kerang bakar, sotong goreng tepung, sayur ape tah n air semua sekali RM 275. Ni makan untuk 4 orang yerk. Lobster la yg baling mahal. 100 gm RM 18. tak tau la lobster aku tu berapa gram.



Ni la menu kami pada malam tu. Lobster wajib ade.



Sampai di sini sajalah perjalanan kami untuk hari kedua ni. Memasing pon udah ting tong. Tak larat dah nak jalan jalan kat pasar yang ada kat kk ni.


Last Day

Destinasi pertama untuk hari ketiga ni kami nak pergi pulau. Nak bersnowkeling la kate kan.
Kami pilih dua pulai jerk sebab nak bajet mase kan. Kami pergi Pulau Sapi yang orang kata memang cantik untuk bersnowkeling dan Pulau Manukan. Harga untuk pergi pulau ni Rm 28 untuk dua pulau. charge terminal Rm 7.63, Snowkeling gear Rm 45/ pax dan last sekali pintu masuk kat pulau tu    Rm 3/pax.












Kami duduk kat pulau ni sampai pukul 3gak la. Lama gak la, sampai hitan kulit masing masin.


SIGNAL HILL OBSERVATORY TOWER

Destinasi terakhir yang kami lawati. Memandangkan Flight balik kami pukul 7.30 memang rush la nak kejar sane sini.

Masuk tempat ni free jerk. Cantik kalau pergi waktu petang. boleh tengok sunset.

Sampai sini saje lah perjalanan kami. Sebenar banyak je lagi tempat yang tak pergi lagi. Memandangkan masa mencemburui kami, tempat yg penting je kami singgah. hahah. wassalam.